Search This Blog

Sunday, December 5, 2010

Kerani dipecat selepas bantu tangkap perompak




2010/12/05

JACKSONVILLE: Kerani di sebuah stesen minyak dipecat selepas membantu polis menangkap perompak bersenjatakan pisau yang cuba merompak wang tunai di stesen itu. 

Dalam kejadian waktu subuh itu, Keith Ireland yang bekerja di stesen itu dengan gaji AS$7.50 (RM23.30) sejam, melawan lalu mengejar perompak itu sebelum berjaya mendapat nombor plet keretanya dan menghubungi polis.“Polis memuji saya, malangnya pihak pengurusan pecat saya kerana keluar dari stesen tanpa izin dan membenarkan pelanggan masuk ke kaunter waktu subuh,” katanya. – Agensi

No comments:

Post a Comment