Search This Blog

Tuesday, December 21, 2010

Kapal terbalik, 37 terkorban



DHAKA - Sekurang-kurangnya 37 maut manakala 18 lagi masih hilang dalam kejadian kapal terbalik di timur laut Bangladesh, menurut pegawai penyelamat, kelmarin.

Pegawai kerajaan tempatan, Matiur Rahman berkata, kapal yang sarat dengan 80 penumpang itu berlayar dari Sunamganj menuju ke daerah Kishoreganj dan dipercayai berlanggar dengan sebuah kapal kontena yang membawa muatan pasir di Sungai Surma pada lewat tengah malam, Sabtu lalu.

Beberapa penumpang terpaksa berenang ke tepi pantai dan diselamatkan oleh penduduk kampung tempatan di situ dan kebanyakan mangsa yang terkorban terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Pasukan penyelamat masih melakukan operasi mencari 18 mangsa yang dilaporkan masih hilang selepas kejadian itu.

Punca kejadian kemalangan kapal di Bangladesh sering dikaitkan dengan pengendalian peraturan yang longgar serta kapal terlalu usang.

No comments:

Post a Comment