Search This Blog

Tuesday, December 21, 2010

Juruteknik maut kereta rempuh penghadang jalan





2010/12/21

SEREMBAN: Seorang juruteknik sebuah kilang yang menyertai rombongan menghantar pengantin, maut selepas kereta dinaikinya terbabas dan melanggar penghadang
jalan di Kilometer 24.8 Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Mohd Azrai Mohd Azni, 21, yang sebelum itu menghantar rakan sekampungnya ke FELDA Bukit Rokan, Gemas, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan. Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila Proton Satria Neo dipandu rakan mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri laluan itu dan melanggar besi penghadang jalan.

"Mangsa di tempat duduk penumpang depan, mati di tempat kejadian kerana parah di kepala, manakala pemandu dan dua lagi penumpang yang duduk di belakang cedera ringan," katanya di sini, semalam.

Seorang ahli rombongan berkenaan, Roslan Rosman, 48, berkata mangsa dalam perjalanan ke rumahnya di Batu 13, Hulu Langat, Selangor selepas selesai menghantar pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.

No comments:

Post a Comment