Search This Blog

Wednesday, December 15, 2010

Jupe bingung dipanggil polis untuk soal siasat

JAKARTA: Kes pergaduhan membabitkan Julia Perez (Jupe) dan Dewi Persik dikhabarkan berlanjutan hingga ke pihak berkuasa. Pada Jumaat lalu, Jupe dipanggil oleh polis untuk siasatan perbuatan menganiaya Dewi ketika penggambaran filem Arwah Goyang Karawang.
“Ya, benar saya sudah jadi suspek sejak Jumaat lalu. Saya terkejut ketika menerima surat agar diminta hadir ke balai polis,” ujar Jupe ketika dihubungi wartawan KapanLagi.com, semalam.
Dalam surat itu Jupe diminta hadir ke Balai Polis Matraman hari ini (15 Disember) untuk disoal siasat.

“Sejujurnya, saya amat bingung dan tidak boleh memberi komen apa-apa. Saya masih terkejut kerana didakwa menjadi suspek oleh pihak berkuasa,” jelas Jupe. - Agensi

No comments:

Post a Comment