Search This Blog

Tuesday, December 21, 2010

Iran gantung 11 militan Sunnah





2010/12/21

Terbabit pengeboman bunuh diri 

TEHRAN: Iran semalam menggantung 11 anggota kumpulan militan Sunnah, Jundallah yang mendakwa melakukan pengeboman bunuh diri minggu lalu dalam satu upacara pengebumian Syiah, kata seorang pegawai kehakiman.
“Pagi ini 11 anggota milik Jundallah, yang baru-baru ini terbabit dalam serangan pengganas di wilayah Sistan-Baluchistan, bertempur dengan polis dan membunuh penduduk tidak bersalah, digantung di penjara Zahedan,” kata Ebrahim Hamidi, ketua jabatan kehakiman wilayah kepada agensi berita IRNA. Zahedan adalah ibu kota Sistan-Baluchestan.
Jundallah (Tentera Tuhan) adalah kumpulan militan bayangan Sunnah yang mendakwa melakukan beberapa serangan maut di wilayah Sistan-Baluchestan yang bersempadan Afghanistan dan Pakistan termasuk pengeboman bunuh diri 15 Disember di bandar Chabahar yang mengorbankan 39 orang dan mencederakan berpuluh lain. 

Hamidi berkata mereka yang digantung dikenal pasti dan ditahan pihak berkuasa keselamatan Iran dan pasukan perisikan. 

“Elemen merosakkan dan Mohareb (melancarkan perang ke atas Tuhan) melalui semua prosedur perundangan dan agama dan dibicarakan secara terbuka dengan adil,” katanya. 

Hamidi berkata mereka didakwa dengan tuduhan “melakukan pemusnahan di bumi, memerangi Tuhan dan Nabi dan berkonfrontasi dengan rejim suci Republik Islam Iran.” Mengikut kanun jenayah Iran jenayah itu dikenakan hukuman mati. 
“Justeru mereka disabitkan dan dijatuhi hukuman gantung. Hukuman dijalankan selepas menerima pengesahan daripada pihak perundangan,” beliau menambah. 

Jundallah, yang pemimpinnya, Abdolmalek Rigi digantung Jun lalu, berkata ia berjuang untuk hak etnik Sunnah Baluchis yang terdiri daripada sebahagian besar penduduk di Sistan-Baluchestan. 

Pihak berkuasa Iran mendakwa kumpulan itu menerima sokongan daripada perkhidmatan perisikan Amerika Syarikat dan Britain. – AFP

No comments:

Post a Comment