Search This Blog

Friday, December 31, 2010

Hukuman penjara kekal



RASAH 30 Dis. - Mahkamah Tinggi Seremban hari ini mengekalkan hukuman penjara 20 bulan terhadap seorang guru penolong kanan sebuah sekolah rendah di sini yang didapati bersalah melakukan kelucahan melampau terhadap anak muridnya, tiga tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin memutuskan demikian selepas mendapati Mahkamah Majistret telah membuat keputusan yang tepat terhadap Mohd. Harith Mohd. Nor dan meneliti keseluruhan keterangan.
Menurut Ahmad Nasfy, dalam kes berkenaan terdapat saksi yang melihat kelakuan tertuduh dan wujud juga keterangan sokongan daripada saksi-saksi.
Mohd. Harith, 42, dijatuhi hukuman tersebut setelah disabitkan bersalah merangsang seorang murid lelaki yang ketika itu berusia 11 tahun untuk melakukan kelucahan melampau.
Kejadian tersebut berlaku di dalam pejabatnya di sebuah sekolah rendah pada November dan Disember 2007.
Dia yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh tahun didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara lima tahun dan sebatan.
Mohd. Harith yang diwakili peguam P. Jayaprakash mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen pada 21 Mei lalu.
Ahmad Nasfy bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman tersebut digantung sementara menunggu rayuan terakhirnya di Mahkamah Rayuan.
Beliau juga membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin.

No comments:

Post a Comment