Search This Blog

Friday, December 31, 2010

Gesa Ariel digantung

BANDUNG: Tiga penunjuk perasaan semalam menyusup masuk di ruang luar mahkamah tempat Ariel Peterpan dibicarakan atas tuduhan menyebarkan video lucah.
Ketiga-tiga anggota Gerakan Gantung Penzina atau nama singkatnya ‘Gergaji’ itu sempat meneriak: “Gantung, gantung, gantung penzina! Gantung penzina sekarang juga,” sebelum diusir anggota polis yang mengawal bangunan mahkamah itu.

Perbuatan mereka mengejutkan wartawan yang menunggu perbicaraan itu.

Perbicaraan Ariel, bekas penyanyi kumpulan Peterpan yang diadakan secara tertutup masuk hari kesembilan semalam. Tindakan kumpulan itu didengar hingga ke dewan perbicaraan hingga hakim, peguam bela, pendakwa raya di dalam menoleh keluar untuk melihat kejadian itu.

Ketika diseret keluar dari bangunan mahkamah, ketiga-tiga penunjuk perasaan yang tidak dikenali itu terus menyanyi ‘Yel-Yel Gantung Penzina.’ Sementara itu, suami Cut Tari yang dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan itu, gagal menghadirinya.

Cut Tari adalah antara selebriti yang terbabit dalam video lucah Ariel. — Agensi
hmetro

No comments:

Post a Comment