Search This Blog

Tuesday, December 21, 2010

Gempa kuat 6.5 magnitud gegar Iran





2010/12/21

TEHRAN: Gempa bumi berkekuatan 6.5 magnitud menggegarkan barat laut Iran awal hari ini namun tiada laporan segera mengenai kerosakan dan mangsa yang terbabit. 

Gempa yang melanda Bandar Hosseinabad di Wilayah Kerman itu berlaku jam 10.12 malam waktu tempatan (18:42 GMT) dan gegarannya dapat dirasai sehingga Wilayah Sistan-Baluchestan.
Ketua Pengurusan Bencana Kerman, Mohsen Salehi, berkata hubungan komunikasi di kawasan itu terputus disebabkan gempa itu dan beberapa gegaran susulan turut dirasai.
Hosseinabad terletak berdekatan dengan Bandar Bam, kawasan paling teruk dilanda gempa sebelum ini. 


Pada Disember 2003, gempa berukuran 6.3 magnitud melanda Bam dengan 31,000 orang terkorban dan memusnahkan sebahagian besar bandar itu. - AFP

No comments:

Post a Comment