Search This Blog

Sunday, December 5, 2010

Gagal lolos diri

JOHOR BAHRU: Siapa sangka seorang lelaki berusia 57 tahun yang masih segak dan memandu Toyota Camry sebenarnya kaki pecah rumah profesional yang memiliki 11 rekod jenayah lampau dan dikehendaki polis.
Namun, lagak suci penjenayah tua kutuk ini menemui penghujungnya apabila dia ditangkap selepas dikejar selama setengah jam oleh lima kereta peronda polis (MPV) di Jalan Sungai Danga, dekat Taman Laguna, awal pagi semalam.

Terdahulu dalam kejadian jam 2.30 pagi, suspek dipercayai memecah masuk kediaman Ketua Biro Harian Metro, Ahmad Nazri Mohamad di Bandar Baru Uda dan melarikan barangan berharga sebelum disedari pemilik rumah yang mengekori kenderaan penjenayah terbabit.

Menurut Ahmad Nazri, dia yang asyik melayari Internet dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah dikejutkan dengan bunyi bising di tingkat bawah.

“Saya menjenguk melalui tingkap dan ternampak seorang lelaki membawa dua beg tangan warna hitam keluar dari kawasan pagar rumah dalam keadaan mencurigakan.

“Dia dilihat menuju ke kereta Toyota Camry berwarna gelap yang ditinggalkan berhampiran dengan tergesa-gesa.

“Mengesyaki ada yang tidak kena, saya turun dan mendapati lampu ruang tamu terpasang dan pintu serta jeriji gelungsur ternganga.

“Saya mengekori dan mengesan kereta suspek dihentikan di Jalan Padi Malinja 2, Bandar Baru Uda dan melihat lelaki itu keluar dari kawasan sebuah rumah yang dipercayai cuba dipecah masuk,” katanya yang segera menghubungi polis dan memberi maklumat mengenai kenderaan suspek.

Suspek kemudian keluar dari rumah terbabit dan mangsa terus mengekorinya ke jalan utama hingga ke Jalan Pucung, Taman Perling, sebelum dihubungi pasukan polis peronda yang memberi maklum balas segera dan bertanyakan kedudukan penjenayah terbabit.

“Menyedari kehadiran kereta peronda polis (MPV), suspek memecut laju termasuk memandu secara berbahaya apabila melanggar lampu isyarat merah, melanggar kon pembinaan dan berpusing-pusing dalam kawasan taman perumahan,” katanya yang turut mengekori MPV dari jarak jauh.

Difahamkan, kenderaan suspek yang pecah tayar depan gagal dikawal sebelum terbabas ketika sampai di Jalan Sungai Danga.

Lelaki itu keluar dari kenderaan untuk meloloskan diri, namun berjaya ditahan polis

No comments:

Post a Comment