Search This Blog

Friday, December 17, 2010

Gadis ditikam bekas kekasih nekad terjun motosikal


KUANTAN 16 Dis. - Seorang gadis yang cedera ditikam dengan pisau oleh bekas kekasihnya bertindak berani dengan terjun daripada motosikal bagi menyelamatkan diri daripada lelaki itu di bandar Jengka, dekat Maran, semalam.
Kejadian berlaku pukul 9.30 pagi selepas mangsa yang bekerja sebagai jurujual, berusia 23 tahun keluar makan bersama suspek di sebuah restoran.
Bagaimanapun berlaku perselisihan faham dan ketika mangsa menuju ke motosikalnya, suspek berusia 28 tahun mengekorinya lalu menikam wanita tersebut.
Pegawai Turus Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, kejadian disyaki berpunca apabila mangsa enggan memberikan nombor baru telefon bimbitnya.
"Difahamkan suspek ialah bekas teman lelakinya sebelum ini dan mereka baru sahaja memutuskan hubungan seminggu lalu.
"Suspek yang berang kerana permintaannya tidak diendahkan telah menikam mangsa," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) negeri di sini, hari ini.
Jelas Asyikin, mangsa yang cedera meminta suspek menghantarnya ke hospital berdekatan dengan motosikalnya untuk menerima rawatan.
Katanya, namun mangsa yang tersedar jalan dilaluinya bukan menuju ke hospital nekad terjun daripada kenderaan itu.
Tambahnya, suspek yang bekerja sebagai buruh kontrak itu terkejut lalu melarikan diri dengan motosikal tersebut.
"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Bandar Jengka oleh orang awam," katanya.
Jelasnya, polis sudah mengenal pasti suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment