Search This Blog

Tuesday, December 21, 2010

Eurostar minta penumpang batalkan perjalanan ekoran salji tebal



21/12/2010 2:21am

LONDON 21 Dis. - Beribu-ribu penumpang keretapi terpaksa berbaris panjang lebih empat jam dalam suhu beku di London berikutan kelewatan perkhidmatan Eurostar yang menghubungkan Britian dengan Perancis dan utara Eropah melalui terowong Selat Inggeris semalam.
Sehubungan itu para penumpang telah diminta oleh operator keretapi agar membatalkan tempahan untuk perjalanan sebelum Krismas ini, kecuali jika terlalu terdesak.
Malah para pengguna juga diminta agar menjauhi beberapa terminal seperti St, Pancras di London dan stesen utama Gare du Nord di Paris bagi mengelak ancaman timbunan salji tebal.
“Tolong jangan pergi ke stesen kerana kami tidak dapat menerima mana-mana penumpang untuk perjalanan hari ini,” kata satu kenyataan dalam laman web.
Salji tebal diluar jangka terburuk kali ini melumpuh sebahagian besar sistem pengangkutan di sekitar Eropah apabila jalan-jalan raya, laluan keretapi dan lapangan terbang diliputi salji. - REUTERS

No comments:

Post a Comment