Search This Blog

Tuesday, December 21, 2010

Enam kanak-kanak terbunuh bila van sekolah terjunam dalam gaung di Pakistan



21/12/2010 2:21am

ISLAMABAD 21 Dis. - Enam kanak-kanak terbunuh dan 21 yang lain cedera apabila sebuah van sekolah yang mereka naiki terjunam ke dalam gaung di barat laut Pakistan semalam, kata para pegawai.
Kejadian berlaku apabila pemandu dikatakan hilang kawalan menyebabkan van terbabas lalu terjunam ke gaung di kawasan pergunungan daerah Batgram dalam wilayah Khyber Pakhtunkhwa.
“Enam kanak-kanak disahkan mati manakala 21 yang lain cedera,” kata Malik Shah, pegawai pentadbir tempatan ketika dihubungi AFP melalui telefon dari Batgram.
Zulfiqar Jadoon, pegawai penyelamat tempatan berkata, mangsa berusia antara tujuh hingga 11 tahun itu sedang dalam perjalanan untuk ke sekolah.
“Mereka yang cedera dimasukan ke hospital dan van terbabit adalah milik sebuah sekolah swasta,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment