Search This Blog

Sunday, December 5, 2010

Ecuador keluar arah berpindah susulan gunung berapi aktif




2010/12/05

BANOS (Ecuador): Pihak berkuasa Ecuador mengeluarkan arahan berjaga-jaga untuk berpindah, Sabtu (waktu tempatan) di selatan bandar negara itu di Bano, apabila mereka meletakkannya berada pada paras bahaya terhadap kemungkinan berlakunya letusan gunung berapi Tungurahua. 

TImbalan Menteri Dalam Negeri Ecuador, Edwin Jarrin, berkata orang ramai kelihatan menuju ke arah tempat yang selamat.Institut Geofizikal di Quito, melaporkansejak awal Sabtu aktiviti seismik berlaku pada kadar pantas, peningkatannya bertambah dan kelihatan pada permukaan gunung berapi berkenaan.
Tungurahua, menurut institut itu, yang pernah meletus sejak 1999 dalam keadaan tidak menentu, mengeluarkan bahan pepejal pijar dan debu. - AFP 

No comments:

Post a Comment