Search This Blog

Friday, December 31, 2010

Dua polis tolak rasuah terima sagu hati

SHAH ALAM: Dua anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak diraikan dalam majlis Pemberian dan Penyampaian Wang Saguhati di atas kejayaan mereka menahan anggota sindiket samun kereta mewah di Lembah Klang dan menolak pemberian wang rasuah RM7,000 yang cuba disogok suspek terbabit.
Allahyarham Koperal Mustafa Othman, 45, dan Lans Korperal Abdullah Ibrahim, 51, tidak menduga lelaki yang ditahan dalam kenderaan mewah BMW pada 24 Mei lalu dekat Pasar Borong Selayang penjenayah.

Suspek terbabit cuba merasuah kedua-dua anggota berkenaan menyebabkan mereka menahan suspek sebelum kegiatan lelaki terbabit terbongkar.

Penyampaian sagu hati itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor disempurnakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin kepada Abdullah. Allahyarham Mustafa diwakili balunya, Sarjan Nazita Nokman, 44, yang juga seorang anggota polis dan bertugas di Unit Pengaduan Tatatertib Bukit Aman.

Hadir sama, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan pegawai kanan polis.

Nazita ketika ditemui berkata, suaminya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 27 Mei lalu ketika pulang dari Tanjung Karang selepas mengambil anaknya.


“Arwah seorang yang tegas dan berdisiplin dalam tugas,” katanya.
-hmetro

No comments:

Post a Comment