Search This Blog

Friday, December 31, 2010

Dakwaan rasuah libatkan Alcatel diteliti




KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius laporan agensi berita Reuters, Selasa lalu, berhubung wujudnya penglibatan pegawai kerajaan Malaysia dalam kes rasuah oleh Syarikat Alcatel Lucent SA, lapor sebuah akhbar prokerajaan semalam.
Menurut satu kenyataan SPRM kelmarin, dalam laporan itu, penglibatan pegawai kerajaan berkenaan membabitkan pembahagian kontrak syarikat telekomunikasi tersebut, kata laporan Utusan Malaysia.SPRM berkata pihaknya akan membuat semakan dengan pihak-pihak berkenaan untuk mendapatkan maklumat lebih jelas sebelum tindakan selanjutnya diambil.'SPRM berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung dakwaan ini sehingga ia disahkan,' kata kenyataan itu lagi.Dalam laporan berkenaan, Reuters menyatakan Alcatel bersetuju membayar lebih AS$137 juta ($177.5 juta) untuk menyelesaikan tuduhan-tuduhan Amerika Syarikat bahawa ia melakukan rasuah mencecah jutaan ringgit kepada para pegawai asing untuk memperoleh perniagaan di Amerika dan Asia.Menurut Jabatan Kehakiman Amerika, Alcatel dituduh membuat bayaran kepada para pegawai kerajaan, termasuk di Costa Rica, Honduras, Taiwan dan Malaysia, untuk memperoleh kontrak atau mengekalkan kontrak yang diperolehinya.Antara Disember 2001 dan Jun 2006, syarikat tersebut menggunakan khidmat perunding cara yang menyalurkan lebih AS$8 juta untuk membayar rasuah kepada para pegawai terbabit.Kelmarin, laman berita The Malaysian Insider memetik laporan itu sambil berkata syarikat Telekom Malaysia Bhd. (TM) akan menyiasat dakwaan penglibatan rasuah oleh syarikat itu dalam pembahagian satu kontrak bernilai AS$85 juta.

No comments:

Post a Comment