Search This Blog

Friday, December 31, 2010

Cubaan bom syarikat akhbar Denmark gagal




2010/12/31

GAMBAR fail 2009 menunjukkan sasaran suspek pengganas iaitu bangunan akhbar Jyllands-Posten yang menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW.
GAMBAR fail 2009 menunjukkan sasaran suspek pengganas iaitu bangunan akhbar Jyllands-Posten yang menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW.
COPENHAGEN: Polis Denmark dan Sweden berjaya menggagalkan serangan pengganas beberapa jam sebelum ia dilakukan dan menahan lima lelaki yang mengaku merancang menembak seberapa ramai mangsa di sebuah bangunan menempatkan bilik berita akhbar Jyllands-Posten kerana menyiarkan kartun Nabi Muhammad SAW. 

Ketua Perkhidmatan Perisikan Denmark (PET) Jakob Scharf, berkata pihaknya menahan seorang pencari suaka dari Iraq berusia 26 tahun, dan tiga warga Sweden yang menyewa sebuah kereta, iaitu warga Tunisia berusia 44 tahun, seorang warga Lubnan berusia 29 tahun dan seorang lelaki berusia 30 tahun yang belum diketahui kewarganegaraannya.Di Sweden pula , Ketua polis keselamatan Sweden, Anders Danielsson berkata pihaknya menahan seorang lelaki rakyat negara itu berketurunan Tunisia yang tinggal di Stockholm.
“Penangkapan dibuat selepas pemantauan selama beberapa bulan,” katanya. 

Scharf berkata, seorang lagi rakyat Denmark ditahan dalam satu serbuan berasingan di pinggir Copenhagen. 

“Kami berjaya menggagalkan satu serangan pengganas,” kata Scharf yang menambah pihaknya merampas satu laras senapang automatik, sejumlah peluru dan alat peredam bunyi. 

Scharf berkata, tiga lelaki ditangkap ketika meninggalkan sebuah pangsapuri di pinggir Copenhagen ‘sama ada untuk melakukan serangan pengganas atau mengintip. 
Beliau mengandaikan suspek sebagai militan yang mempunyai hubungan dengan rangkaian pengganas antarabangsa dan berkata lebih banyak tangkapan mungkin dibuat. 

Scharf mendedahkan, serangan dijadual dilakukan pada akhir minggu ini dan mempunyai persamaan dengan serangan pengganas Mumbai pada 2008 yang menyebabkan 166 orang terbunuh. 

“Mengikut penilaian kami kumpulan itu cuba mendapatkan akses untuk memasuki pejabat akhbar berkenaan dan melancarkan serangan ala Mumbai. 
“Mereka mahu memasuki bangunan itu dan membunuh seberapa ramai mangsa,” kata Scharf. 

Menteri Kehakiman Denmark, Lars Barfoed berkata, rancangan itu ‘amat menakutkan’ dan ‘mungkin cubaan serangan pengganas paling serius di Denmark. 
Scharf bagaimanapun berkata, tiada keperluan untuk menaikkan tahap amaran ancaman pengganas di negara itu. – 

No comments:

Post a Comment