Search This Blog

Wednesday, December 15, 2010

Bekas putera mahkota Nepal akan ditangkap


KATHMANDU - Bekas putera mahkota Nepal, Paras Shah akan ditangkap dan dikenakan dakwaan selepas dia melepaskan satu tembakan ke udara dalam satu pergaduhan di sebuah pusat peranginan terkenal di Taman Negara Chitwan.
Paras Shah yang berusia 38 tahun dan terkenal dengan gaya hidupnya yang berfoya-foya mendakwa, dua orang lelaki menghinanya dalam perselisihan faham berhubung sistem diraja Nepal.
Sistem diraja Nepal berakhir pada tahun 2008 selepas kumpulan komunis yang melakukan pemberontakan selama sepuluh tahun berkuasa di negara itu.
"Polis telah diarahkan untuk menangkap Paras Shah. Dia akan dikenakan dakwaan menggunakan senjata api di tempat awam," jelas jurucakap Kementerian Dalam Negeri Nepal, Jay Mukunda Khanal. - AFP

No comments:

Post a Comment