Search This Blog

Sunday, December 5, 2010

Ayu enggan berbalah dengan anak

JAKARTA: Pelakon jelita, Ayu Azhari, mendakwa terlalu sedih apabila dituduh anaknya sendiri cuba menggelapkan wang pusaka daripada bekas suaminya, kelmarin.
Kata Ayu, walaupun dipersalahkan oleh Axel Gondokusumo, dia mengalirkan air mata kerana terkejut anaknya sanggup membuat aduan kepada polis.

Namun, kata Ayu, dia enggan terus berbalah dengan Axel.

“Saya sangat kenal dia.

“Sejak berpisah dengan suami (Djody Gondokusumo), saya membesarkan sendiri Axel dan selama ini tingkah-lakunya tidak bermasalah.

“Saya yakin semua masalah ini didalangi pihak ketiga,” katanya, semalam.

Ditanya siapa yang mahu mengeruhkan hubungan ibu - anak itu, Ayu, 40, enggan memberi sebarang komen.

“Biarlah, saya tak mahu berbalah dengan anak sendiri,” katanya.

Kelmarin, Axel mengadakan sidang media mendakwa Ayu menggelapkan wang pusaka diamanah Djody walaupun dia kini berhak menguruskan sendiri wang itu kerana mencapai usia 20 tahun.

Sebelum Djody meninggal dunia pada 2002, dia meninggalkan wang bernilai kira-kira RM52,000 untuk Axel.

Djody adalah suami pertama Ayu, sebelum dia berkahwin pula dengan Teemu Yusuf Ibrahim, diikuti Mike Tramp. - Agensi

No comments:

Post a Comment