Search This Blog

Wednesday, December 15, 2010

Amerika Syarikat dakwa pengasas WikiLeaks sebagai pengintip




LONDON - Peguam bela Julian Assange, ditahan di Britain atas tuduhan jenayah seks di Sweden, cuba lagi sekali, semalam, untuk memenangi jaminan untuk pengasas WikiLeaks yang menimbulkan kemarahan Amerika Syarikat (AS) dengan menyebarkan rahsia kabel diplomatik negara itu. 

Assange, 39, menyerah diri kepada polis Britain, minggu lalu, selepas Sweden mengeluarkan waran tangkap atas dakwaan merogol dan mencabul dua sukarelawan WikiLeaks semasa berada di negara itu, Ogos lalu. 

Assange dan peguamnya menyuarakan kebimbangan bahawa AS mungkin sedang bersiap sedia untuk mendakwanya kerana mengintip selepas laman sesawang kontroversi itu menyebarkan sebahagian 250,000 dokumen rahsia negara itu ke seluruh negara. 

"Saya ke Sweden sebagai pelarian kerana terlibat dengan pertengkaran penerbitan luar biasa dengan Pentagon dan terdapat desas-desus mereka sedang berusaha untuk mendakwa saya untuk kerana mengintip," katanya dalam sebuah rancangan dokumentari Sweden, Ahad lalu. 

Jabatan Kehakiman AS telah melihat dari pelbagai sudut tuduhan jenayah, termasuk pelanggaran Akta Perisikan 1917, di mana ia boleh difailkan dalam kes :WikiLeaks:.

No comments:

Post a Comment