Search This Blog

Sunday, December 5, 2010

6 maut, 34 cedera dalam letupan kafe Internet di China

PASUKAN bomba memasuki kafe Internet yang meletup di bandar Kaili, Qiandongnan, di barat daya China, iaitu wilayah Guizhou. Letupan itu berpunca daripada bahan kimia yang disimpan. Enam terbunuh manakala 37 yang lain cedera dalam kejadian itu. - Foto AP



2010/12/05

BEIJING: Sekurang-kurangnya enam terbunuh manakala 34 yang lain cedera apabila satu letupan kuat melanda kafe Internet di barat daya China, petang semalam. 

Agensi berita Xinhua yang memetik polis tempatan, dan jabatan keselamatan awam wilayah, berkata letupan itu merosakkan kafe dia bandar Kaili, wilayah Guizhou kira-kira jam 10.30 malam.Pekerja penyelamat sedang mengeluarkan mangsa yang tertimbus di bawah bangunan dan menghantar mereka ke hospital.
Ketika ini, pihak polis masih menyiasat punca letupan itu. - AFP 

No comments:

Post a Comment