Search This Blog

Friday, December 31, 2010

5 Nelayan Hilang Di Tanjung Gelang



31/12/2010 16:08:31 
Lima nelayan hilang selepas bot pukat tunda mereka tenggelam di 15 batu nautika tenggara dari Tanjung Gelang di Kuantan pada 9 pagi semalam.

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Daerah Kuantan, Kapten Maritim Abdul Aziz Idrus berkata bot nelayan pukat tunda kelas C berkenaan dipercayai keluar untuk menangkap ikan dari jeti nelayan, 3 petang Rabu lepas.

Beliau berkata bot nelayan berkenaan membawa empat nelayan warga Thailand yang dikendalikan oleh seorang tekong warga tempatan dikenali sebagai Chuk Luck.

Laporan mengenai kejadian itu diterima pada 2 petang semalam sebelum kapal KM Lang bersama 24 pegawai tiba di lokasi kejadian 40 minit kemudian.

Operasi mencari dan menyelamat turut melibatkan pasukan gerakan marin dan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia, KD Perak.

Hasilnya, pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemui bot nelayan terbabit dalam keadaan hanya bahagian hadapan bot yang masih timbul kira-kira 5 petang.

Namun, katanya awak-awak dan tekong bot berkenaan gagal ditemui.

Beliau berkata ketika kejadian, ketinggian ombak dilaporkan mencecah 3.5 meter manakala kelajuan angin 20 hingga 40 kilometer sejam.

No comments:

Post a Comment