Search This Blog

Wednesday, December 15, 2010

25 maut kilang pakaian terbakar


Para pekerja menuding ke arah seorang mangsa yang berada di tingkap kilang pakaian yang terbakar di Ashulia, semalam. - REUTERS


ASHULIA, Bangladesh 14 Dis. - Satu kebakaran besar di sebuah kilang pakaian berhampiran ibu negara, membunuh sekurang-kurangnya 25 pekerja dan mencederakan lebih 100 yang lain.
Menurut pegawai, kilang bertingkat-tingkat di hab industri Ashulia kira-kira 25 kilometer dari utara Dhaka itu, dimiliki satu daripada pengeksport pakaian terbesar Bangladesh, Hameem Group yang mengeluarkan pakaian berjenama Amerika seperti Gap dan JC Penney.
"Api sangat besar dan ramai pekerja terperangkap di bahagian bumbung bangunan.
"Kami telah menggerakkan semua pasukan bomba di kawasan bandar ke lokasi kejadian," kata Ketua Jabatan Bomba, Abu Nayeem kepada AFP.
Ketua Polis Daerah Dhaka, Iqbal Bahar berkata, sekurang-kurangnya 25 maut dalam kebakaran tersebut yang masih belum dapat dikawal.
"Mangsa maut selepas terjun dari tingkat atas bangunan untuk menyelamatkan diri. Sebahagian yang lain mati akibat terhidu asap semasa bersesak-sesak keluar dari bangunan," katanya.
Jelas beliau, sekurang-kurangnya 100 yang lain cedera dengan kebanyakannya berada dalam keadaan kritikal.
Seorang pekerja kilang, Hazrat Ali berkata, dia ternampak sekurang-kurangnya tiga pekerja terjun dari bumbung bangunan setinggi 11 tingkat itu.
"Kebakaran bermula di bahagian kantin di tingkat 11 dan merebak dengan cepat. Ramai mangsa masih terperangkap kerana pihak pengurusan kilang mengunci pintu keluar," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment