Search This Blog

Sunday, December 5, 2010

2 terbunuh pesawat Russia patah dua dalam pendaratan cemas




2010/12/05

MOSCOW: Sebuah pesawat penumpang patah dua selepas berguling di atas landasan lapangan terbang Moscow, ketika melakukan pendaratan cemas dan meragut dua nama manakala mencederakan lebih 80 penumpang lain. 

Pasukan penyiasat Russia, berkata Penerbangan Dagestan Tupolev membawa 169 penumpang terlajak ketika mendarat selepas melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang Domodedovo, berdekatan Moscow, di mana ketiga-tiga enjinnya tidak berfungsi."Susulan kemalangan yang membabitkan pesawat Tu-154, dua maut. Keseluruhannya, 83 penumpang dimasukkan ke hospital," kata kementerian kesihatan negara itu dalam satu kenyataan.
Dalam kenyataan Menteri Kesihatan Russia, Tatyana Golikova, berkata pihaknya sedang mengambil langkah yang perlu dan langkah susulan bagi menyediakan rawatan kecemasan kepada yang cedera. - AFP 

No comments:

Post a Comment