Search This Blog

Sunday, December 5, 2010

17 mati dalam kemalangan ngeri di Haiti


05/12/2010 2:27am

PORT-AU-PRINCE 5 Dis. - Haiti terus dirundung malang apabila 17 orang mati dalam satu kemalangan ngeri melibatkan sebuah bas penumpang dengan sebuah kenderaan berat di selatan negara itu semalam, kata polis.
Kejadian berlaku di kawasan dimana terdapat bangkai kereta yang dibakar oleh penunjuk perasaan semasa pilihan raya Ahad lalu, kata superitendent polis, Rony Ceneac.
“Kesemua 17 daripada 18 penumpang bas malang itu mati ditempat kejadian. Mereka yang cedera telah dimasukan ke hospital,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment