Search This Blog

Tuesday, December 21, 2010

12 disyaki pengganas ditangkap



LONDON - Seramai 12 orang yang disyaki pengganas ditangkap polis tempatan semalam kerana didakwa cuba merancang kegiatan keganasan di negara itu.
Menurut seorang pegawai polis, John Yates, semua suspek yang berumur di antara 17 hingga 28 tahun itu cuba melakukan persediaan untuk melakukan perlakuan keganasan.
"Operasi itu masih di peringkat awal menyebabkan kami tidak mendapat maklumat terperinci buat masa ini mengenai kesalahan yang dilakukan para suspek.
"Bagaimanapun, saya percaya adalah perlu bagi mengambil tindakan sebagai usaha untuk memastikan keselamatan awam," katanya. - AFP
kosmo

No comments:

Post a Comment