Search This Blog

Sunday, December 5, 2010

10,000 liter diesel subsidi dirampas


MIRI 4 Dis. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak berjaya mematahkan cubaan menyeludup diesel subsidi apabila merampas 10,000 liter bahan api itu bernilai RM13,000 dari sebuah stesen minyak di Jalan Pujut-Miri di sini hari ini.
Pengarahnya, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman ketika dihubungi memberitahu, diesel berkenaan disimpan di dalam enam tong deram besar dan diletakkan di belakang stesen minyak itu sebelum dihantar ke ladang-ladang di luar daerah ini.
''Berdasarkan maklumat awal yang kita terima, diesel bersubsidi yang dirampas itu dipercayai untuk diseludup dan dihantar ke ladang-ladang di luar kawasan Miri.
''Minyak diesel itu dipercayai dipam ke dalam tong deram berkenaan dari stesen minyak terbabit memandangkan semasa pemeriksaan dilakukan, terdapat sambungan saluran hos dari stesen minyak ke tong-tong tersebut," katanya.
Wan Ahmad Uzir berkata, kesemua diesel tersebut dirampas dan pihaknya melakukan siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
Katanya, sabit kesalahan denda RM100,000 bagi kesalahan pertama dikenakan terhadap individu manakala diikuti RM250,000 untuk kesalahan kedua," jelasnya.
Bagi kesalahan yang dilakukan oleh syarikat jelasnya, denda RM250,000 dikenakan bagi kesalahan pertama diikuti RM500,000 bagi kesalahan kedua.

No comments:

Post a Comment