Search This Blog

Saturday, November 13, 2010

Warga Peru mencuri dibelasah

BANDAR PERMAISURI: Seorang daripada tiga warga Peru cedera di kepala akibat dibelasah orang ramai ketika cuba melarikan diri selepas mencuri pelbagai barangan kosmetik lelaki bernilai RM58 di kedai sebuah stesen minyak di sini, kelmarin.
Tiga warga asing itu gagal melarikan diri selepas kereta dinaiki mereka dihalang pengurus stesen minyak Chalok di sini, kira-kira jam 9.30 malam kelmarin. Pengurus berusia 33 tahun itu mengejar kereta Toyota Vios dinaiki tiga lelaki selepas dihubungi penyelia kedai berkenaan.

Sebelum kejadian, tiga warga asing berusia 28, 34 dan 45 tahun itu yang memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial singgah di stesen minyak ketika dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dengan menaiki kenderaan yang disewa di ibu negara.

Sebaik memasuki kawasan berkenaan, dua daripada mereka memasuki kedai manakala seorang lagi menunggu dalam kereta di tempat letak kereta stesen minyak itu.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Shaikh Osman Abd Hamid, berkata ketika berada dalam premis berkenaan, seorang suspek mengambil satu tin minuman dan sebungkus roti manakala seorang lagi memasukkan beberapa peralatan kosmetik lelaki, termasuk minyak rambut dan pewangi serta pengilat kasut ke dalam beg yang disandang.

No comments:

Post a Comment