Search This Blog

Saturday, November 27, 2010

Warga emas yang mengancam bunuh Obama ditahan



27/11/2010 2:48am

WASHINGTON 27 Nov. – Lelaki warga emas yang mengancam untuk membunuh Presiden Barack Obama dengan serangan berani mati ditahan bersama senjata di tempat tidurnya, kata para pegawai semalam.
Menurut aduan, Michael Bowden dari selatan negeri Carolina Selatan memberitahu jururawat di kilinik warga emas yang dikunjungi bahawa dia mahu tembak presiden dengan membunuh dirinya sendiri.
Jurucakap agensi Perkhidmatan Rahsia, Edwin Donovan berkata, Bowden, 77, warga emas berkulit putih itu ditahan pada 18 November lepas.
Ketika menggeledah rumah Bowden, pihak berkuasa menemui empat laras senjata semiautomatik yang sarat dengan peluru di tempat tidurnya serta sembilan laras rifel, dua senapang patah dan selaras pistol dalam bilik anaknya.
Dia ditahan atas dakwaan mengancam presiden. – AFP

No comments:

Post a Comment