Search This Blog

Wednesday, November 3, 2010

Tiga lelaki miliki dadah dipenjara, sebat lima kali



KOTA BHARU 2 Nov. - Tiga lelaki masing-masing dihukum penjara empat tahun dan sebatan lima kali selepas mengaku bersalah memiliki dadah jenis methamphetamine dalam dua kes berasingan di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
Kes pertama membabitkan dua sabahat, Md. Jami Zakaria, 37, dan Tuan Mohd. Shahrizal Tuan Mohd. Rahim, 29, dari Pasir Mas yang didakwa bersama atas tuduhan pilihan memiliki 16.60 gram methamphetamine pada pukul 1 petang, 19 Februari 2009 di perkarangan tempat letak kereta Masjid Bandar, Pasir Mas.
Mereka bertiga didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(1).
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Rehan Mohd. Aris mengendalikan pendakwaan manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela Ahmad Nizam Mohamad dan Muhammad Hasif Hasan.
Menurut fakta kes, hasil serbuan polis pada hari kejadian mendapati bungkusan plastik biru mengandungi pembalut tuala wanita Kotex yang diisi paket-paket kecil warna kebiruan mengandungi pil kemerahan disyaki dadah.
Pemeriksaan dijalankan mendapati terdapat 1,160 biji pil kemerahan dan 12 biji pil kehijauan yang semuanya berjumlah 1,172 biji.
Sementara itu di mahkamah yang sama, tertuduh Nik Mohd. Azrul Azhuan Jusoh, 23, didakwa memiliki 980 biji pil mengandungi 15.10 gram methamphetamine di tepi jalan besar berhampiran restoran makanan segera di Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kubang Kerian, pukul 12.30 pagi, 26 Ogos 2008.
Timbalan Pendakwa Raya, Wan Azimah Yaacob memohon mahkamah menjatuhkan hukuman dengan mengambil kira kepentingan awam dan kesalahan serius yang dilakukan tertuduh yang diwakili peguam Latifah Ariffin.

No comments:

Post a Comment