Search This Blog

Monday, November 15, 2010

Tertidur atas rel

KULAIJAYA: Dua sahabat dipercayai tertidur di atas landasan sebelum maut digilis kereta api dalam kejadian di Kilometer 733.5 landasan kereta api Johor Bahru-Kulai di Kampung Maju Jaya, Senai di sini, jam 12.30 tengah malam semalam.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, ketika kejadian, Mohamad Syaril Basseri, 18, dan rakannya Johari Jumbery, 31, dilihat melalui landasan terbabit dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing selepas makan di gerai berhampiran.

“Mereka dipercayai tertidur di atas landasan dan polis masih lagi menjalankan siasatan berkaitan perkara itu,” katanya, semalam.

Menurut Zulkefly, sejurus kejadian, pemandu kereta api berasakan ada yang tidak kena dan segera menghubungi pegawai bertugas di Stesen Keretapi Kulai memaklumkan dia melanggar sesuatu sebelum menghubungi polis. “Ketika kejadian kereta api Senandung Ekspress Mutiara itu dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur,” katanya.

No comments:

Post a Comment