Search This Blog

Friday, November 26, 2010

Tentera, kartel dadah bertempur, 21 terbunuh



Polis antirusuhan bersama kereta perisai bersiap sedia memasuki bandar Vila Cruzeiro di Rio de Janeiro, bagi menggempur pengedar dadah di kawasan itu, kelmarin. - AFP


RIO DE JANEIRO 25 Nov. - Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dan 153 lagi ditahan sepanjang tempoh empat hari pertempuran antara kartel dadah dan tentera keselamatan Brazil yang berakhir hari ini di bandar raya ini.
Kolonel polis Lima Castro berkata, dalam kejadian semalam sahaja, 13 pengedar dadah terbunuh dan dua anggota polis cedera dalam satu operasi di 27 kawasan setinggan yang dikenali favelas di Rio de Jeneiro..
Menurut beliau, dalam pertempuran itu, sebanyak 21 kenderaan telah dibakar.
Polis di Rio de Janeiro menggunakan kereta kebal dan dibantu oleh helikopter untuk melancarkan operasi pemusnahan besar-besaran ke atas kumpulan dan pengedar dadah di kawasan favelas di bandar raya ini.
Castro berkata, seramai 17,500 anggota dikerahkan dalam operasi itu yang dijadualkan diteruskan sehingga ke hari ini.
Peningkatan keganasan mencetuskan persoalan tentang keupayaan pihak berkuasa Rio menjaga keamanan di bandar raya ini menjelang temasya kejohanan Piala Dunia pada 2014 dan Sukan Olimpik pada 2016 yang akan diadakan di Brazil. - AFP

No comments:

Post a Comment