Search This Blog

Wednesday, November 3, 2010

Suami cemburu pijak isteri hingga mati direman tujuh hari



BINTULU 2 Nov. - Polis menahan reman seorang lelaki selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes isterinya yang mati akibat dipijak di sebuah rumah kongsi dekat Nyalau, Jalan Pesisir Pantai Miri-Bintulu pada Ahad lalu.
Lelaki yang berusia 33 tahun itu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis daerah, Supritendan Sulaiman Abd. Razak berkata, siasatan awal polis mendapati suspek yang bekerja sebagai buruh binaan dan berasal dari Dalat, Mukah bertindak memukul, menendang, selain memijak perut mangsa tanpa menggunakan sebarang senjata lain.
"Bagaimanapun, kita masih menunggu hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa yang dijangka dapat diketahui pada Khamis ini. Siasatan awal polis mendapati kejadian tersebut bermotifkan cemburu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dalam kejadian pukul 10 malam Ahad lalu, seorang lelaki dikatakan membelasah isterinya dengan memijak mangsa sehingga meninggal dunia di tempat kejadian akibat cemburu.
Terdahulu, suspek dikatakan minum bersama empat rakannya di sebuah gerai berdekatan kediaman kongsi mereka sebelum rakan-rakannya itu pulang dan dia tinggal bersendirian.
Namun, sebaik sahaja suspek kembali ke rumah mereka, dia mendapati empat rakan lelakinya itu pula sedang minum bersama isterinya sehingga menimbulkan pertengkaran dan perang mulut dengan isterinya yang berusia 34 tahun itu.
Akibat tidak puas hati, mangsa dibelasah sehingga pengsan di hadapan anak tunggal mereka yang berusia tiga tahun serta rakan-rakannya sebelum disahkan meninggal dunia.

No comments:

Post a Comment