Search This Blog

Saturday, November 27, 2010

SPRM ambil kenyataan dua pegawai Yayasan Selangor



SHAH ALAM 26 Nov. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengambil kenyataan dua pegawai Yayasan Selangor bagi membantu siasatan kos tidak munasabah majlis makan tengah hari sempena sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu yang mencecah RM300,000.
Kenyataan kedua-dua pegawai terlibat yang masing-masing dari bahagian perundangan dan sumber manusia itu diambil di ibu pejabat yayasan tersebut di Petaling Jaya.
Difahamkan, SPRM turut mengambil beberapa dokumen dari pejabat kedua-dua pegawai terlibat untuk membantu siasatan.
Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki yang dihubungi Utusan Malaysiamengesahkan perkara itu.
Menurut Ilham, beliau diberitahu mengenai kedatangan SPRM ke pejabat yayasan melalui telefon kerana berada di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).
"Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM hingga siasatan kes ini selesai," katanya.
Isnin lalu, SPRM menahan seorang pegawai kanan Yayasan Selangor bagi membantu siasatan kos tidak munasabah majlis makan tengah hari itu.
SPRM kemudian mendapatkan perintah tahanan reman selama seminggu terhadap pegawai kanan yang sedang menjalani arahan cuti bergaji selama sebulan itu yang akan berakhir 29 November ini.
Semalam, SPRM mengambil kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membantu siasatan yang sama.
Bagaimanapun pihak Sekretariat Akhbar Menteri Besar hari ini memaklumkan bahawa kunjungan SPRM itu bukan bertujuan mengambil keterangan daripada Menteri Besar seperti yang dilaporkan.
Tetapi kunjungan yang diketuai Pengarah SPRM Selangor, Datuk Jaafar Mahad itu bertujuan memaklumkan kepada Menteri Besar secara rasmi berkenaan penahanan seorang pegawai kanan Yayasan Selangor sebelum ini

No comments:

Post a Comment