Search This Blog

Saturday, November 13, 2010

Sindiket culik palsu minta wang tebusan kembali aktif


KUALA LUMPUR 12 Nov. – Kegiatan sindiket penculikan palsu yang meminta wang tebusan daripada keluarga mangsa, kini kembali aktif berikutan lima kejadian yang dilaporkan berlaku di sekitar daerah Sentul sejak dua bulan lalu.
Empat kes dilaporkan di Kepong manakala satu lagi di Jinjang, melibatkan kerugian mencecah hampir RM100,000.
Kejadian terbaru berlaku kelmarin membabitkan seorang suri rumah berusia 54 tahun yang membayar RM5,000 kerana bimbang anak lelakinya, 30, diapa-apakan, selepas diugut seorang pemanggil tidak dikenali.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, wanita terbabit diberitahu pemanggil kononnya anaknya itu bertindak sebagi penjamin kepada seorang rakannya yang telah melarikan diri selepas gagal melangsaikan hutang.
“Wanita itu diugut bahawa anaknya ditahan untuk melunaskan hutang bagi pihak kawannya atau akan dibelasah sehingga pecah kepala.
“Panik dengan apa yang berlaku, mangsa menurut saja kehendak pemanggil tersebut iaitu menyediakan RM5,000 tunai dan ditinggalkan dalam tong sampah di sebuah restoran di Kepong,” katanya.
Zakaria memberitahu pemberita selepas menghadiri majlis penerimaan 30 buah motosikal Modenas Kriss di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di Jinjang hari ini.
Menurut beliau, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas menghubungi anaknya yang memaklumkan dia tidak tahu mengenai kejadian tersebut.

No comments:

Post a Comment