Search This Blog

Saturday, November 13, 2010

Sekolah rugi RM13j akibat banjir



SURAYA (dua dari kiri) dan Azalina (tengah) bersama anggota JPAM membersihkan kawasan SK Sungai Baru di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Kerugian yang dialami sekolah-sekolah semasa banjir di daerah Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena baru-baru ini dianggarkan sebanyak RM13 juta.
Pengarah Jabatan Pelajaran Kedah, Abdullah Saad berkata, pihaknya telah memaklumkan secara lisan jumlah kerugian tersebut kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran sewaktu beliau melawat mangsa banjir di Kedah, Ahad lalu.
"Kami juga telah menghantar laporan kerugian tersebut kepada Unit Pembangunan dan Aset Kementerian Pelajaran.
"Kebanyakan barangan yang rosak di sekolah-sekolah yang terlibat banjir ialah komputer, buku-buku dan perabot," katanya.

No comments:

Post a Comment