Search This Blog

Wednesday, November 3, 2010

Sakineh digantung hari ini





2010/11/03

BERLIN: Seorang wanita Iran yang dihukum rejam sampai mati atas kesalahan berzina, keputusan dibantah masyarakat antarabangsa, akan digantung hari ini kerana bersalah membunuh, kata sebuah pertubuhan hak asasi manusia. 

“Pihak berkuasa di Teheran sudah mengizinkan pentadbir penjara Tabriz melaksanakan hukuman mati dalam kes Sakineh Mohammadi Ashtiani.
“Sakineh dilaporkan akan menjalani hukuman itu pada 3 November,” kata Jawatankuasa Antarabangsa Menentang Hukuman Rejam, sebuah kumpulan berpejabat di Jerman di laman webnya.
Hukuman rejam sampai mati terhadap Sakineh ditunda selepas tokoh politik dan agama menyifatkannya hukuman tidak bertamadun dan kejam. 

Malah, Brazil yang dianggap sekutu rapat Iran, menawarkan perlindungan kepada ibu dua anak berusia 43 tahun itu. 

September lalu, jurucakap kerajaan Iran berkata, kesalahan Sakineh atas tuduhan berzina sedang dikaji semula. – Reuters

No comments:

Post a Comment