Search This Blog

Monday, November 15, 2010

Rianti Cartwright enggan komen isu murtad

JAKARTA: Aktres jelita, Rianti Cartwright enggan mengulas isu dia murtad.
Akhbar Internet, Okezon melaporkan, pelakon filem bertemakan agama, Ayat- Ayat Cinta itu, yang ditemui di Senayan, Jakarta Selatan baru-baru ini berkata: “Bagi saya, ada yang boleh dikongsi bersama dan ada yang tidak boleh.”
Rianti bagaimanapun berkata dia bahagia setelah menjadi isteri penyanyi, Alfonso Nainggolan atau Cas, selepas berkahwin pada 17 September lalu di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.

“Amat bahagia,” kata aktres berusia 28 tahun itu.


Apabila ditanya alasannya mengelak daripada wartawan, Rianti menafikan dakwaan itu.

“Saya sibuk bekerja,” katanya.

Berita mengenai Rianti menukar agama dilaporkan oleh buletin sebuah gereja Katolik di Jakarta. - Agensi

No comments:

Post a Comment