Remaja kacukan berusia 15 tahun itu turut merakam perbuatannya itu sambil ditonton oleh rakan-rakannya di premis sekolah, dan videonya disebarkan melalui laman web sosial, Facebook.
Remaja lelaki berusia 14 tahun yang memberi reaksi terhadap video itu turut ditahan kerana menulis komen berbaur ancaman.
Kedua-dua remaja berkenaan dibebaskan dengan ikat jamin dan sedang menunggu proses pendakwaan, kata polis semalam.
Polis berkata, video berkenaan tidak lagi boleh ditonton di Facebook kerana pihaknya telah memadamkannya.
Ahli majlis kerajaan tempatan, Bob Badham menganggap insiden itu sebagai satu perkara yang serius.
"Kehidupan menjadi sangat mudah apabila anda hanya perlu menekan satu butang untuk menyebarkan video di Internet tanpa memikirkan apa yang akan terjadi," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat Islam di Britain, Catherine Heseltine berkata, tindakan membakar al-Quran adalah satu perbuatan melampau dan menghina umat Islam. - AGENSI
No comments:
Post a Comment