Search This Blog

Saturday, November 27, 2010

Premis judi dekat Pusat Kusta Negara diserbu, enam ditahan



KUALA LUMPUR 26 Nov. - Polis merampas wang tunai RM19,205 yang dipercayai digunakan untuk tujuan perjudian dalam satu serbuan di sebuah premis berdekatan Pusat Kusta Negara, Sungai Buloh di sini kelmarin.
Serbuan dijalankan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak yang diketuai oleh Supritendan Maszely Minhad.
Beliau berkata, pihaknya turut menahan enam individu termasuk dua wanita yang dipercayai terlibat dalam perjudian tersebut.
Katanya, kesemua mereka berusia antara 46 hingga 73 tahun.
"Kami turut menahan dua lelaki warga Indonesia berusia 18 dan 25 tahun yang berada di kawasan itu kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah," katanya ketika dihubungiUtusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah Maszely, ketika serbuan, pihaknya merampas RM955 wang tunai di atas meja judi, tiga buah dadu, sebuah meja dan 32 batu hitam dipercayai digunakan untuk berjudi 'Pai Kau'.
Katanya, rampasan wang tunai daripada pemain adalah sebanyak RM18,250.
Sementara itu, dalam serbuan berasingan di sebuah kafe di Puchong dekat sini malam semalam, seramai 12 gadis pelayan pelanggan ditahan oleh sepasukan anggota polis D7 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Gadis warga China yang memegang pas lawatan sosial dan pas pelajar itu dipercayai menjadi umpan kafe tersebut untuk menarik pelanggan.
Ketika serbuan pada pukul 11 malam itu, gadis-gadis berusia 20 hingga 30 tahun itu sedang melayan pelanggan yang sedang berhibur di dalam kafe berkenaan.
Selain gadis tersebut, seramai 28 pelanggan kafe itu yang berusia 20 hingga 40 tahun turut ditahan untuk direkod keterangan.

No comments:

Post a Comment