Pelajar yang ditahan berusia antara tujuh hingga 15 tahun itu dipercayai menjadikan rumah tersebut sebagai tempat melepak pada waktu siang selain mencuri beberapa barang dalam rumah itu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, kumpulan pelajar itu dipercayai melepak di rumah tersebut sejak minggu lalu ketika pemiliknya tiada di rumah kerana bercuti.
"Bagaimanapun kehadiran kumpulan pelajar terbabit disedari oleh jiran selepas terdengar bunyi bising pada pukul 12 tengah hari," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini hari ini.
Menurut Mohd. Haris, menyedari kehadiran pelajar di rumah mangsa yang berusia 33 tahun itu, jiran terbabit terus menghubungi pihak polis.
"Berdasarkan keadaan rumah yang berselerak, mereka dipercayai memecah masuk melalui pintu belakang rumah itu," ujarnya.
Katanya, antara barangan yang didapati hilang adalah pemain video cakera padat, mesin pencetak dan beberapa barang lain dengan kerugian dianggarkan bernilai RM2,500.
Tambah beliau, kesemua pelajar terbabit ditahan untuk siasatan sebelum dibenar ikat jamin RM1,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.
No comments:
Post a Comment