Search This Blog

Wednesday, November 3, 2010

Polis siasat bungkusan mencurigakan



03/11/2010 4:41am

BERLIN 03 Nov. - Pihak polis Berlin sedang menyiasat satu bungkusan mencurigakan yang ditemui di pejabat Canselor Jerman, Angela Merkel, beberapa jam selepas kejadian letupan bom yang berlaku di kedutaan Rusia dan Switzerland di Athen, Greece semalam.
“Bungkusan tersebut kini sedang disiasat,” kata seorang jurucakap polis Berlin.
Dalam pada itu, polis Greece berjaya memusnahkan empat lagi bungkusan yang disyaki mengandungi bom di Athen.
Tiada pihak yang tampil bertanggungjawab dalam kejadian serangan bom tersebut, tiada laporan kecederaan diterima setakat ini. - AP

No comments:

Post a Comment