Search This Blog

Saturday, November 27, 2010

Polis rampas harta Gayus



JAKARTA 26 Nov. - Polis Indonesia merampas sebahagian daripada harta paling berharga milik pegawai cukai, Gayus H. Tambunan (gambar) yang menghadapi tuduhan rasuah berjumlah 74 bilion rupiah (RM25.6 juta).
Harta itu termasuk wang tunai, beberapa buah kereta dan sebuah rumah di Kelapa Gading, Jakarta Utara.
Keluarga Gayus masih dibenarkan tinggal di rumah itu, sekalipun aset-aset tersebut dirampas dalam tempoh sebulan lalu, kata polis.
"Kami menemui 74 bilion rupiah (RM25.6 juta) dalam akaun peribadi Gayus, kami tidak mengetahui daripada mana sumbernya tetapi kami telah merampas wang itu dan perkara sebenar akan didedahkan dalam perbicaraan mahkamah akan datang," kata jurucakap Polis Indonesia, Ketua Inspektor Iskandar Hasan di sini semalam.
Katanya, polis pada minggu depan akan membuat pendedahan kepada agensi penguat kuasa undang-undang yang lain mengenai pengendalian kes Gayus itu.
"Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK), Pasukan Petugas Mafia Kehakiman dan sayap keselamatan Polis Indonesia serta semua pihak lain telah dijemput untuk menghadiri perbicaraan akan datang," ujar Iskandar.
Gayus yang dibicarakan atas tuduhan menyogok pendakwa, juga membelanjakan beratus juta rupiah sebagai sogokan supaya dia dibenarkan keluar dari lokap polis sebanyak 68 kali dalam tempoh beberapa bulan lepas. - Agensi

No comments:

Post a Comment