Search This Blog

Monday, November 15, 2010

Penjawat awam, pelajar IPT ditahan terbabit dadah


15/11/2010 6:41pm

BESUT - Empat pelajar dan tiga penjawat awam antara 157 orang yang ditahan di atas kesalahan berkaitan dadah di sekitar daerah ini semalam.
Ketua Polis Daerah, Supt. Kamaruddin Mohd. Zakaria berkata, mereka yang berumur antara 15 hingga 51 tahun itu ditahan dalam Ops Tapis yang bermula 1 pagi hingga 3 petang.
Katanya, dalam operasi yang diketuai Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Negeri, DSP Amran Ramli beserta 98 pegawai dan anggota dari pelbagai unit polis turut merampas 26 biji pil methamphetamine, satu bungkusan ganja seberat satu gram dan 300 bungkus air ketum serta wang tunai RM874.
Kamaruddin berkata, seramai 214 orang diperiksa dan daripada 157 yang ditahan itu tujuh daripadanya warga Thailand yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan turut positif dadah. - Bernama

No comments:

Post a Comment