Search This Blog

Saturday, November 13, 2010

Pekerja Indonesia dakwa dirogol rakan senegara


MELAKA 12 Nov. - Hanya dikatakan berpunca daripada rasa cemburu melihat wanita senegaranya berbual dengan lelaki Myanmar, seorang lelaki warga Indonesia bertindak merogol wanita tersebut di rumahnya di Malim, di sini kelmarin.
Kejadian berlaku apabila suspek terlihat mangsa yang bekerja sebagai operator sebuah kilang di Malim berbual dengan rakan sekerjanya seorang lelaki Myanmar, dua hari sebelum itu.
Disebabkan marah dan cemburu melihat wanita senegaranya itu berbual, suspek berusia 32 tahun yang tidak mengenali mangsa kemudian merampas telefon bimbit mangsa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, suspek kemudian mengajak mangsa datang ke rumahnya di Malim Selasa lalu apabila wanita tersebut mendesak agar telefon bimbitnya dipulangkan.
"Namun, mangsa terpaksa pulang hampa apabila suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak tidak memulangkan telefon bimbitnya seperti dijanjikan.
"Bagaimanapun, kelmarin, mangsa membuat laporan polis mendakwa dirogol suspek di rumahnya ketika datang sekali lagi ke rumah suspek di Malim untuk mendapatkan semula telefon bimbitnya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini hari ini.
Tambahnya, ketika kejadian pukul 1 petang itu, isteri dan anak suspek tiada di rumah.
Berikutan itu, Mohd. Adnan berkata, polis sedang memburu suspek yang berasal dari Jawa, Indonesia yang hanya dikenali sebagai Andreyan.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Andreyan supaya menghubungi Pegawai Turus D11 IPK Melaka, Asisten Supritendan Nor Zarini Ariffin di talian 019-7731273 bagi membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment