Search This Blog

Saturday, November 13, 2010

Pasangan kekasih miliki pistol


SAIFUL Azly Kamaruddin melihat pistol dan beberapa barangan lain yang dirampas daripada pasangan kekasih di Senawang, Seremban, semalam.


SEREMBAN 12 Nov. - Seorang lelaki bersama teman wanitanya ditahan setelah polis menemui sepucuk pistol dan sebutir peluru dalam kenderaan yang mereka naiki di Senawang, baru-baru ini.
Pasangan tersebut yang berusia 35 dan 37 tahun ditahan ketika sedang berlegar-legar di kawasan berkenaan pada pukul 6 petang, 30 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, mereka yang menaiki kereta jenis Proton Wira putih ditahan oleh sepasukan anggota polis peronda setelah dilihat dalam keadaan mencurigakan.
"Hasil pemeriksaan yang dijalankan, polis menemui sepucuk pistol jenis 'Smith and Wesson' 357 Magnum' yang diselitkan di pinggang kanan lelaki terbabit.
"Kita juga menjumpai sebutir peluru yang disorok oleh lelaki terbabit dalam sarung kakinya," katanya dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.
Menurutnya, lelaki itu kini ditahan reman sehingga Isnin depan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki pistol dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki peluru.
Teman wanitanya pula ditahan mengikut Seksyen 9 Akta Senjata Api kerana bersubahat.
Tambah Saiful, lelaki itu sebelum ini mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan senjata api dan ugutan jenayah, manakala wanita terbabit tiada rekod jenayah.

No comments:

Post a Comment