Search This Blog

Monday, November 15, 2010

Nazere dicari bantu polis

MELAKA: Polis kontinjen negeri mengesan seorang lelaki yang menghilangkan diri hingga kini bagi membantu siasatan bersabit kes keganasan rumah tangga iaitu memukul isterinya, tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata sehingga kini pihaknya gagal mengesan suspek, Md Nazere Nordin (gambar) berusia 36 tahun, nombor kad pengenalan 740228-01-5393 bersabit Tanjung Minyak Report 2131/2009.

Beliau berkata, suspek dikesan beralamat terakhir di No 78 Jalan Rambai Jaya 17, Taman Rambai Jaya.

“Suspek dikehendaki berkaitan kes mencederakan isterinya mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan pada 2009. “Saya memohon kerjasama orang ramai yang mengenali suspek untuk membantu polis bagi melengkapkan siasatan kes ini. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Asisten Superintendan Nor Zarini Ariffin di talian 019-7731273,” katanya.

Sementara itu dalam kes berasingan Cawangan Trafik Melaka Tengah sedang mengesan saksi bagi membantu siasatan kes kemalangan langgar lari membabitkan seorang penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat Jalan Panglima Awang berhampiran Jaya Jusco Bandaraya pada 4 November lalu.

No comments:

Post a Comment