Search This Blog

Monday, November 15, 2010

Motif bunuh 3 beranak belum diketahui

KUALA LUMPUR: “Saya belum boleh mengulas berhubung kes pembunuhan tiga beranak di Madurai kerana laporan lengkap belum diperoleh,” kata Timbalan Menteri Luar, Datuk A Kohilan Pillay.
Namun, katanya, Kementerian Luar sudah menghantar pegawai dari Pejabat Konsul Malaysia di Chennai ke Hospital Madurai untuk tindakan selanjutnya.
“Apa yang saya boleh pastikan, tiga beranak itu dibunuh dan suaminya rakyat Malaysia. Saya juga masih menunggu laporan lengkap.

“Motif pembunuhan belum pasti,” katanya, dihubungi semalam.


M Adhila Banu, 24, dan dua anaknya Ajira Banu, 5, serta Mohd Aslam, 7, dilaporkan mangsa pembunuhan kejam, manakala mayat mereka yang reput ditemui dalam terusan di Vadipatti, Madurai, Tamil Nadu, pagi Khamis lalu.

Mayat Ajira Banu dan Mohd Aslam ditemui kira-kira lima kilometer dari mayat ibu mereka.

No comments:

Post a Comment