2010/11/05
GUNUNG MERAPI, Indonesia: Angka korban letusan Gunung Merapi meningkat hampir sekali ganda kepada 79 selepas awan gas panas melanda perkampungan di pergunungan itu. Jurucakap hospital, Heru Nugroho, berkata 35 mayat dibawa ke situ selepas insiden itu.
Askar membantu mengeluarkan mayat dari Bronggang, kampung yang terjejas teruk yang terletak 15 kilometer dari kawah Gunung Merapi, ke rumah mayat hospital.
Tidak dapat dipastikan kenapa keluarga yang tinggal di dalam "zon bahaya" Gunung Merapi tidak dipindahkan. - AP
No comments:
Post a Comment