Search This Blog

Monday, November 15, 2010

Mayat rentung ditemui di kelab golf Kulim


15/11/2010 7:26pm

KULIM - Mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh ditemui hampir rentung berhampiran kawasan semak berdekatan sebuah kelab golf di kawasan Perusahaan Berteknologi Tinggi Kulim (KHTP) malam tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim DSP Chin Suu Song berkata, mayat tidak dikenali identiti itu ditemui dalam keadaan separuh rentung dan hanya tinggal tangan dan kaki oleh seorang penoreh getah kira-kira pukul 8 malam.
Beliau berkata, polis percaya mangsa dibakar di tempat kejadian yang sering dijadikan kawasan pembakaran sampah itu sejak beberapa hari lalu.
"Kita percaya mangsa dibuang dan dibakar di situ berikutan tempat itu terpencil dan jauh kira-kira 300 meter dari jalan besar,” katanya kepada pemberita di sini. - Bernama

No comments:

Post a Comment