Search This Blog

Saturday, November 27, 2010

Lima beranak selamat dari dihempap pokok



Kamaruzaman Ismail (kanan) menunjukkan pokok kekabu yang menghempap rumah kedainya di Kuala Krau, kelmarin.


KUALA KRAU 26 Nov. - Lima beranak nyaris maut apabila sebatang pokok kekabu tumbang dan menghempap rumah kedai milik mereka di pekan Kuala Krau di sini, awal pagi semalam.
Kejadian berlaku ketika angin kencang dan hujan lebat melanda kampung itu kira-kira pukul 4 pagi.
Mangsa, Kamaruzaman Ismail, 45, ketika ditemui berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri, Siti Fatimah Idris, 24, dan tiga anak mereka sedang nyenyak tidur sebelum terdengar dan merasai suatu hentakan kuat berhampiran rumah mereka.
Menurutnya, dia kemudian keluar untuk memeriksa dan mendapati sebatang pokok kekabu sebesar sepemeluk tumbang di kedai runcit miliknya yang bersambung dengan rumahnya.
"Saya bersyukur kerana pokok itu tidak hempap rumah kami dan tiada kemalangan berlaku ke atas isteri dan tiga anak saya. Perkara itu memang di luar jangkaan kami.
"Saya juga bersyukur kerana kedai milik saya itu tidak ranap. Ia hanya mengalami kerosakan kecil di bahagian bumbung namun ia melibatkan kos yang tinggi untuk membaikinya," katanya ketika ditemui di rumah mereka berhampiran pencawang Telekom di pekan itu.
Hadir sama bapa mangsa, Ismail Deraman, 80.
Berikutan kejadian itu, Ismail meminta bantuan pihak berkaitan menebang pokok-pokok besar di belakang rumahnya itu kerana bimbang kejadian sama berulang.
Dia tidak menafikan tanah yang lembap dan lembut menyebabkan pokok-pokok di belakang rumah mudah tumbang terutama pada musim tengkujuh ketika ini.
"Saya minta pihak berkenaan membantu menebang pokok-pokok besar di belakang rumah kami kerana bimbang keselamatan terancam. Sekarang tidur malam kami tidak lena kerana bimbang ia tumbang bila-bila masa," katanya.

No comments:

Post a Comment